THMS

Selamat datang ke laman Web Blog Teguh Harapan Management Services (THMS).

Laman blog ini diwujudkan untuk memudahkan pihak THMS berinteraksi dengan pelanggan dan pihak-pihak yang berminagt untuk mengetahui akan perkhidamatan dan produk yang kami tawarkan.

Profail Ringkas THMS.

THMS ditubuhkan pada tahun 2002 dan mula beroperasi secara aktif pada tahun 2003. THMS di asaskan oleh Awang Dazulkipli Asmat dan juga Awang Haji Kassim Haji Sapar (bersara dari THMS pada tahun 2011).

Penubuhan THMS adalah hasil perbincangan dan kesapakatan untuk membantu warga Brunei Darussalam dan menyahut saruan dasar kerajaan dalam pembangunan Keusahawanan dalam melahirkan lebih ramai warga Brunei Darussalam berkecimpung dalam bidang perniagaan dan menjadikan "KeUsahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan".

THMS bergiat aktif dalam bidang latihan dengan menawarkan pelbagai Kursus KeUsahawanan dan Pengurusan kepada orang ramai dan sering diundang oleh pihak kerajaan dan swasta untuk mengendalikan beberapa program pengurusan dan program keusahawanan yang ditawarkan.

Usaha dan matlamat THMS yang jelas untuk membantu melahirkan lebih ramai lahirnya kalangan Usahawan Brunei membuahkan hasil dengan lahirnya beberapa individu yang telah berjaya menghasilkan produk mereka dan mampu bersaing di pasaran dalam negara dan juga global.

Pihak THMS mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh semua pihak yang membolehkan THMS wujud sehingga kini.

"KeUsahawanan Kerjaya Pilihan"